Saya merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Saya dilahirkan di Johor Bahru pada 17 Januari dan dibesarkan di Taman Sri Muda, Shah Alam. Bapa saya merupakan bekas tentera yang menjadi pemandu teksi manakala ibu saya seorang babysitter (penjaga anak orang). Saya ada seorang abang dan seorang adik perempuan (3 beradik). Saya bersekolah di SRK dan SMK Taman Sri Muda, sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dan akhir sekali di Universiti Malaya dalam bidang kewangan serta perakaunan. Setelah tamat pengajian tinggi, saya diterima bekerja di salah sebuah bank antarabangsa di Malaysia selama 4 tahun sebelum nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin memberi tumpuan 100% terhadap dunia keusahawanan. Antara perniagaan yang pernah saya ceburi ialah Multi-Level Marketing, berniaga kuih di bazaar Ramadhan, menjual cermin mata hitam secara online, menjadi Unit Trust dan Takaful Consultant, menjual handphone, menjual ubat resdung dan menjual barang di Ebay. Oh ya sebelum saya bekerja secara sepenuh masa sebagai Banker, saya sudahpun mula menimba pengalaman kerja part-time seawal usia 15 tahun lagi. Kerja pertama saya ialah di bahagian banquet sebuah kelab di Shah Alam bersama abang saya. Bertitik tolak daripada situ, setiap kali cuti sekolah saya akan berusaha untuk mencari kerja sambilan. Banyak dah kerja yang saya dah pernah buat, antaranya bekerja sebagai operator di kilang coklat, despatch handphone, waiter restoran, tukang lipat baju, jaga function hotel, restoran fast food, promoter mentol lampu, event coordinator dan macam-macam lagi. Semuanya kerana DUIT!

 

Menyedari betapa sukarnya mencari duit, saya telah menanam azam untuk menjadi kaya secepat yang mungkin. Saya masih ingat ketika umur saya 17 tahun saya sudah mula memasang impian untuk bergelar jutawan sebelum berusia 25 tahun. Walaupun target saya tersasar 2 tahun tetapi saya tetap berpuas hati dan bersyukur. Saya nak cari duit sebanyak dan secepat yang mungkin sebab saya kasihan dengan ibubapa saya. Mereka bukannya berpendapatan besar. Bapa saya memandu teksi setiap hari dari Subuh sehingga ke tengah malam. Ibu saya juga begitu. Sebab itulah, selagi boleh saya tak mahu gunakan duit mereka untuk survival kerana mereka juga tentunya ingin menggunakan wang mereka untuk memenuhi impian-impian mereka sendiri. Setelah melalui pelbagai liku, cabaran dan kepayahan, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya impian saya menjadi kenyataan. SAYA KINI BEBAS!!! Saya tidak perlu lapor diri kepada sesiapa dan saya tidak terlalu memikirkan soal wang setelah “sistem” yang saya usahakan sekian lama kini boleh berjalan dengan sendirinya.

 

Bagi berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada sebab itulah saya menghasilkan Kaya Muda. Kenapa saya layak bercakap tentang Kaya Muda?

  • pernah kerja bank antarabangsa selama 4 tahun dan dilatih sehingga ke peringkat global (London dan Hong Kong). Antara department yang pernah ditugaskan ialah menjadi Assistant Manager Customer Service, Assistant Branch Manager, Currency Analyst, Collection Recovery Unit, Branding, Marketing and Proposition dan banyak lagi. Selain itu saya juga mampunyai banyak pengalaman kerja part-time seperti yang dinyatakan sebelum ini.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (BAcc) dari Universiti Malaya, CGPA 3.67 (lagi 0.03 nak dapat first class degree tau)
  • Sedang mengikuti pengajian Certified Financial Planner (CFP)
  • Pernah menjadi UTC (Unit Trust Consultant) dan TC (Takaful Consultant) terlatih
  • Rajin membaca buku-buku kewangan dan motivasi dari penulis-penulis tersohor seperti Azizi Ali, Chef Li, Robert T. Kiyosaki, T Harv Eker dan Anthony Robbins
  • Sudah menyertai puluhan seminar dan kelas mengenai perniagaan dan motivasi
  • Telah bergelar jutawan pada usia 27 tahun

 

Mungkin anda tertanya-tanya, APA YANG MEMBUATKAN SAYA KAYA MUDA??
Jawapannya ialah PERNIAGAAN INTERNET. Perniagaan internet adalah perniagaan yang sangat-sangat menguntungkan. Di dalam blog ini nanti saya akan kongsikan. Sebenarnya, semua jenis perniagaan pun boleh membuatkan kita kaya. Yang penting kena ada ilmu.

 

Selain daripada mengenang kesusahan ibubapa yang telah membesarkan saya, kesedaran mengenai kaya muda mula timbul pada tahun ke-3 pengajian saya. Saya amat terkejut apabila senior saya yang ketika itu saya temubual untuk assignment memberitahu saya yang gaji permulaan bagi seorang lepasan ijazah sarjana muda ialah sekitar RM1,500 – RM2,500 sahaja!!! Nak belajar belanja puluhan ribu, keluar universiti gaji tak sampai 10% daripada kos belajar. Dalam 2 tahun lah kiranya baru boleh pulang modal belajar (dengan andaian gaji tidak dibelanjakan lah). Saya ingatkan dengan adanya ijazah gaji starting saya at least RM5,000. Serius, saya memang tak tahu pada waktu itu! Lebih menyakitkan, setiap tahun ratusan ribu graduan dihasilkan tapi peluang pekerjaan yang setara dengan kelayakan tak banyak pun. Alah, pilot pun ada yang jadi flight attendance dulu (sebab tiada kekosongan), apatah lagi bidang-bidang lain ye tak? Akibatnya, pihak majikan sekarang dah pandai main harga. Iyelah, kan SUPPLY > DEMAND. Bahasa kasarnya, “Ko tak nak gaji seribu setengah ko blah, ramai lagi nak kerja ni”. Sampai bila-bila pun tak akan wujud keadaan DEMAND > SUPPLY.

Selain itu, pada tahun 2008 ketika harga minyak naik menggila juga telah menyedarkan saya tentang sesuatu yang penting. Semua orang tahu, bila harga minyak naik, secara automatik harga barang-barang dan perkhidmatan lain akan naik, kerana minyak adalah keperluan. Peniaga akan menaikkan harga kerana kos nya sudah meningkat. Siapakah yang sentiasa menjadi mangsa? PENGGUNA atau ORANG MAKAN GAJI! Kalau peniaga naikkan harga, pengguna akan faham. Dalam setiap rantaian kenaikan harga, orang makan gaji / pengguna adalah yang terakhir sekali yang tidak mampu berbuat apa-apa. Sejak dari itu saya menanam azam untuk tidak lagi mahu menjadi “mangsa”, sebaliknya menjadi “pemangsa”.

Mari saya tambah lagi sebab kenapa kita kena kaya muda. Saya perhatikan kebanyakan orang dewasa kitaran hidupnya sama sahaja. Bangun pagi, tempuh traffic jam, berebut parking, masuk pejabat, waktu rehat lunch beramai-ramai bersama orang-orang lain (lalu kedai pun penuh time lunch hour), nak berebut tempat duduk dan beratur bayar / pilih makanan, petang balik rumah tempuh jam sekali lagi, kemudian rehat / tengok TV / luang masa dengan keluarga sehingga malam. Tidur dan rutin bersambung semula keesokannya. Hujung minggu keluar berjalan-jalan dan bersesak-sesak di shopping complex dengan ramai lagi orang lain yang mempunyai rutin kehidupan yang serupa. Berapa banyak dah habis masa di situ sebab kita “berebut masa” dengan orang lain?

Dapat gaji habis bayar hutang. Nak pergi bercuti jarang-jarang sahaja kerana perlu minta cuti. Urusan rasmi kena mintak cuti / excuse kerana hanya dibuka pada office hour. Naik gaji atau dapat bonus setahun sekali (itu pun kalau dapat lah).

Ya, begitulah hidup normal seorang dewasa di mana-mana saja di dunia. Ia bertentangan dengan impian saya di mana saya mahu:

  • bekerja dari rumah sahaja, tak perlu tempuh traffic jam bersama ribuan kenderaan lain
  • pergi ke shopping complex pada hari biasa, bukan bersesak-sesak pada hujung minggu
  • buat urusan rasmi tanpa perlu minta cuti / excuse
  • pergi bercuti atau ke mana-mana sahaja di luar musim cuti sekolah / hujung tahun
  • menentukan sendiri berapa bonus, gaji atau pendapatan yang diinginkan
  • beribadat dengan lebih tenang terutamanya ketika Solat Jumaat, tak perlu tergesa-gesa
  • memberi derma / sedekah / zakat sebanyak yang mungkin tanpa perlu berkata “duit aku pun tak cukup untuk pakai sendiri, apatah lagi nak bagi pada orang”

itulah impian saya, dan saya telahpun mencapainya!

Kini, giliran anda pula untuk rasa apa yang saya rasa. Tiada yang mustahil. Saya juga bermula dari bawah. Saya akan kongsikan apa “senjata-senjata” yang anda perlukan kalau nak jadi macam saya. Kalau saya boleh lakukannya, anda juga pasti boleh! ?

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.